Karnival Hijrah 2011
Dec 29th
Pada 22-24 Disember 2011 yang lalu, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu telah berjaya menganjurkan Karnival Hijrah bertempat di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Karnival yang julung kali diadakan ini dirasmikan oleh Sultan Terengganu, Al Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin. Semua agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri termasuk Yayasan Waqaf Malaysia telah dijemput untuk memeriahkan lagi karnival tersebut.
Selain daripada pembukaan booth-booth dari agensi kerajaan, karnival ini juga turut dimeriahkan dengan pembukaan booth jualan produk-produk IKS negeri Terengganu. TV Al-Hijrah selaku penyiar rasmi turut mengundang wakil Yayasan Waqaf Malaysia, En. Mohd Fazdli Rosli, Eksekutif Bahagian Pemasaran dan Penyelarasan untuk ditemubual berkaitan wakaf tunai dan YWM.
Kenyataan Tender Cadangan Mengurus, Menyelenggara dan Mengoperasi Hotel Wakaf Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
Aug 15th
Tender adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat yang berkeupayaan untuk mengemukakan cadangan seperti berikut : KLIK SINI
RALAT : LAWATAN KE TAPAK ADALAH PADA JAM 11.00 PAGI. HARAP MAKLUM
Kenyataan Sebutharga 4 Lokasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Jul 18th
Sebut harga adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor Bumiputera tempatan yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Kementerian Kewangan dalam kelas dan jenis pendaftaran yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berikut:- SILA KLIK SINI
MAKLUMAN : SEBUTHARGA DI 4 LOKASI DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DITANGGUHKAN KEPADA SATU TARIKH YANG AKAN DIMAKLUMKAN KELAK. HARAP MAKLUM






