Dalam konteks Negara Malaysia, kefahaman tentang peranan wakaf dalam menjana sumber ekonomi yang signifikan masih belum menyeluruh dan bersepadu. Lantaran itu, YWM telah menganjurkan sebuah seminar bertajuk “Pembangunan Hartanah Wakaf Pegawai Wakaf M.A.I.N” yang berlangsung selama 4 hari 3 malam bertempat di Mayangsari Resort, Port Dickson bermula pada 24 hingga 27 april 2009 yang lalu. Seminar tersebut dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YWM, Encik Azri Ahmad.

gambar

Seminar telah dihadiri oleh peserta yang terdiri daripada pegawai wakaf Majlis Agama Islam Negeri-Negeri, pegawai Jabatan Wakaf,Zakat dan Haji (JAWHAR), pegawai Tabung Haji Technologies Sdn. Bhd. dan pegawai Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) sendiri.Objektif utama seminar adalah untuk merangka strategi dan susun galur pembangunan hartanah wakaf disamping memperkukuhkan ukhwah dan menyatukan fikrah seterusnya mengeratkan hubungan kerjasama dua hala antara pegawai YWM dan pegawai wakaf MAIN.

Berakhirnya seminar diharap ia dapat menjadi wadah membuka minda dan berkongsi percambahan fikiran antara YWM dan pegawai wakaf MAIN seterusnya dapat merealisasikan penubuhan YWM itu sendiri di dalam melaksanakan pembangunan hartanah wakaf negara.