Pembangunan Hartanah Wakaf

“Kerajaan akan membangunkan hartanah wakaf di seluruh negara bagi tujuan khairat dan amal jariah. Untuk ini, Yayasan Waqaf Malaysia akan melaksanakan program pembangunan ekonomi, pendidikan, sosial dan kebajikan ummah terutamanya projek kecil berbentuk ekonomi yang berimpak besar kepada masyarakat. Fokus utamanya adalah untuk membasmi kemiskinan tegar serta meningkatkan taraf sosio-ekonomi umat Islam. Antara projek yang dirancang adalah membina kedai wakaf rakyat di kawasan masjid terpilih dan bazar peniaga kecil untuk orang ramai, termasuk golongan asnaf. Sebagai permulaan, bagi menjayakan inisiatif yang penuh barakah ini, sejumlah 20 juta ringgit akan disediakan.”

Petikan daripada ucapan Pembentangan Bajet 2010 pada 23 Oktober 2009 (Jumaat) oleh Y.A.B Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.