Archive for November, 2009
Lawatan Ke Tapak Cadangan Projek Wakaf Mart dan Bazar Rakyat Sekitar Melaka dan Johor
Nov 30th
Pada 22 hingga 24 Disember 2009 yang lalu, seramai 3 orang pegawai YWM telah mengadakan lawatan ke 2 buah negeri iaitu Melaka dan Johor untuk melawat serta mengenalpasti tempat-tempat yang berpotensi untuk dijadikan tapak pembinaan Wakaf Mart dan Bazar Rakyat. Antara tapak yang sempat di lawati oleh YWM ialah :
MELAKA
- LOT 128, MUKIM JASIN, MELAKA
- MADRASAH PULAU BESAR, MUKIM PERNU, MELAKA
- MASJID AL-AZIM, MELAKA TENGAH, MELAKA
- SURAU BARU TAMAN ASEAN, MELAKA TENGAH, MELAKA
JOHOR
- MASJID BANDAR KOTA TINGGI
- MASJID BANDAR PUTRA, KULAI JAYA
- MASJID HAJJAH MOMIMBI, TMN UNGKU TUN AMINAH, SKUDAI
- MASJID JAMEK BANDAR TANGKAK
- MASJID JAMEK SULTAN IBRAHIM, AYER ITAM
- MASJID KG. DATO’ ONN JAAFAR, LARKIN
- MASJID SULTAN ISMAIL, BATU PAHAT
- MASJID SUNGAI ABONG, MUAR
- MASJID TENGLU BESAR, MERSING
- SK. AGAMA BATU 2, JALAN MERSING, PDG. ENDAU, MERSING
Lawatan Delegasi UiTM ke YWM
Nov 20th
20 November 2009, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) menerima kunjungan daripada pasukan kajian Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi tujuan mengadakan kajian cadangan penubuhan Permodalan Baitulmal Kebangsaan (PBK). Pasukan ini diketuai oleh Prof. Madya Dr. Haji Ahmad Che Yaacob selaku Pengarah Projek dan disertai juga oleh lima (5) orang ahli penyelidik UiTM dan seorang pegawai daripada Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji (JAWHAR). Lawatan kerja ini secara khususnya membincangkan secara terperinci mengenai asas dan fungsi penubuhan Perbadanan Wakaf Nasional Berhad (PWNB) yang merupakan syarikat milik penuh YWM serta peranannya dalam membangunkan hartanah wakaf di Malaysia. Tujuan lawatan ini juga diadakan adalah untuk memastikan tidak berlaku pertindihan fungsi antara PWNB dan PBK apabila beroperasi kelak. Lawatan kerja tersebut diakhiri dengan majlis pertukaran cendermata antara pihak YWM dan pasukan kajian UiTM.

