|
|
![]() |
Archive for January, 2010
Perlawanan Bola Sepak Persahabatan Antara YWM/JAWHAR dan IKBN Sepang
Jan 25th
Pada 21 Januari 2010 yang lalu, satu perlawanan bola sepak persahabatan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga kerja YWM dan JAWHAR menentang pasukan bola sepak Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Sepang telah diadakan. Perlawanan tersebut telah diadakan di Padang IKBN Sepang. Perlawanan yang bermula pada jam 6.00 petang itu berakhir dengan kemenangan berpihak kepada pasukan YWM/JAWHAR dengan keputusan 6 berbalas 5 menerusi sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan buntu mencari gol sehingga tamat masa penuh permainan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan YWM/JAWHAR.
![DSC_0026 [1280x768] DSC_0026 [1280x768]](http://wakaf.my/wp-content/uploads/2010/01/DSC_0026-1280x7681-1024x398.jpg)
Tahniah Dato’ Seri Jamil Khir
Jan 18th

Yayasan Waqaf Malaysia mengucapkan TAHNIAH kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Yayasan Waqaf Malaysia, Senator Mejar Jeneral (B) Dato’ Jamil Khir Baharom yang dikurniakan Seri Setia Diraja Kedah (S.S.D.K) yang membawa gelaran ‘Dato’ Seri’ sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-82 semalam.

