Archive for May, 2010

Pic 1

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Kerjasama Strategik YWM dan ARB

Pada 17 Mei 2010, tepat jam 12.30 tengahari, satu memorandum persefahaman antara Yayasan Waqaf Malaysia dan AmanahRaya telah termetrai. Tujuan memorandum ini adalah untuk menjadikan Yayasan Waqaf Malaysia sebagai salah satu penama kepada pewasiat yang mewasiatkan harta mereka setelah kematian.


Majlis yang turut disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Y.B Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir b. Hj. Baharom (B) dan timbalannya, Y.B Senator Dato’ Dr. Mashitah bt. Ibrahim ini dihadiri kira-kira 150 undangan termasuk kalangan media elektronik dan cetak. Satu tayangan montaj turut dipertontonkan kepada tetamu. Sidang media turut diadakan pada akhir majlis.

Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah (MALPA) Siri 4 Bil 1/2010

Pada 17 Mei 2010 yang lalu, Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah (MALPA) telah diadakan dengan jayanya bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 38, Bangunan Lembaga Tabung Haji, Kuala Lumpur. Mesyuarat yang membentangkan 5 kertas kerja itu dihadiri 18 orang ahli termasuk Pengerusi Yayasan Waqaf Malaysia sendiri, Y.B Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir b. Hj. Baharom (B), Naib Pengerusinya, Y.Bhg. Dato’ Dr. Sohaimi Hj. Mohd Salleh yang juga merupakan Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan 3 orang ahli Lembaga Pemegang Amanah yang baru iaitu Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Hashim Meon, Pengerusi MSC Management Services Sdn. Bhd, Y.Bhg. Dato’ Prof. Dr. Sudin Haron, Penasihat Asian Institute of Finance dan Y.Bhg. Datuk Zainal Abidin bin Ab Kadir. Mesyuarat yang bermula tepat pada jam 9.00 pagi itu berlangsung selama hampir 3 jam berakhir pada jam 12.00 tengahari. Semoga segala perbincangan dalam mesyuarat tersebut akan memacu Yayasan Waqaf Malaysia dalam perancanaan pembangunan ekonomi dan sahsiah ummah melalui wakaf.

DSC_0720