|
|
![]() |
Archive for July, 2010
Bengkel Wakaf di AmanahRaya Berhad
Jul 22nd
Pada 30 Jun 2010 yang lepas, satu bengkel yang bertajuk Bengkel Wakaf : 1 Pelaburan Abadi telah dijalankan dengan jayanya di Dewan Seri Mutiara, Wisma AmanahRaya di Kuala Lumpur.Bengkel ini bertujuan untuk memberi pemahaman yang lebih mendalam tentang permasalahan wakaf di Malaysia di samping penerangan mengenai wakaf tunai. Bengkel yang disertai seramai 32 kakitangan AmanahRaya Legacy Services (ARLS) itu dimulakan pada jam 9.30 pagi. Majlis perasmian bengkel disempurnakan oleh Pengurus Kanan ARLS, En. Mohd Nasir bin Yahya. Bengkel dimulakan dengan ceramah yang bertajuk Yayasan Waqaf Malaysia : 1 Wawasan yang disampaikan oleh Y.Bhg. En. Azri Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif YWM.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan ceramah kedua dari penceramah yang tidak asing lagi untuk YWM iaitu Y.Brsh Ustaz Mohd Gunawan bin Che Ab. Aziz, Pegawai Khas Y.B Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan tajuk Wakaf : 1 Pelaburan Abadi.
Sesi ketiga iaitu sesi terakhir untuk bengkel ini disempurnakan dengan jayanya oleh En. Syarqawi bin Muhammad, Pengurus Bahagian Penyelidikan dan Produk Wakaf YWM dengan ceramahnya yang menyentuh soal jawab wakaf tunai dan isu-isu yang berkaitan dengan wakaf.
Peserta kemudiannya diuji tahap kefahaman mereka melalui satu kuiz yang berkaitan wakaf dan YWM. Majlis diakhiri dengan upacara penyampaian sijil tamat bengkel dan disusuli majlis jamuan petang. Semoga dengan adanya bengkel ini ikatan silaturrahim yang telah sedia terjalin akan terus berkekalan.

