|
|
![]() |
Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Anjuran MAIWP
Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah diadakan di Padang C, Kompleks Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Sebanyak 16 pasukan telah menyertai kejohanan ini iaitu Tabung Haji, JAWI, JAWHAR, YADIM, YAPIEM, ILIM, IPB, IKB, Masjid Wilayah, Masjid Negara, Pejabat Mufti, PPZ, PUSRAWI dan MAIWP.
Kejohanan yang julung kali dianjurkan sepenuhnya oleh MAIWP FC dan mendapat kerjasama dari Badan Kebajikan Baitulmal. Ia dilaksanakan secara liga di mana setiap liga mengandungi empat pasukan yang berentap sesama sendiri. Juara dan naib juara setiap kumpulan liga tersebut akan bermain menentang pasukan mengikut undian yang telah ditetapkan di peringkat suku akhir seterusnya ke separuh akhir dan final.
Pada awalnya, JAWHAR turun sebagai pasukan underdog yang tidak diberi harapan untuk menang. Tetapi, pepatah Melayu ada mengatakan “tuah ayam nampak di kaki, tapi tuah manusia siapa yang tahu”. Tanpa disangka-sangka JAWHAR telah muncul sebagai juara pertama edisi sulung tersebut dengan mengalahkan pasukan JAWI melalui sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1 – 1.

Tahniah diucapkan!!
| This entry was posted by admin on March 1, 2010 at 10:53 am, and is filed under Berita Am. Follow any responses to this post through RSS 2.0. Both comments and pings are currently closed. |
Comments are closed.

