|
|
![]() |
Majlis Makan Malam Mesra Warga YWM
Pada 30 Disember 2010 yang lalu, satu majlis Makan Malam Mesra Warga YWM telah di adakan Restoran @ MAEPS, Taman Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang. (MARDI). Majlis yang turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pengarah JAWHAR merangkap Naib Pengerusi Yayasan Waqaf Malaysia ini bermula pada tepat jam 8.15 malam. 
Majlis di mulakan dengan bacaan doa pembuka majlis oleh Ustaz Mohd Asyran Safwan kemudiannya diikuti ucapan aluan daripada Y.Brsh. Encik Azri Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif YWM.
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian Makan Malam Mesra Warga YWM oleh Naib Pengerusi Yayasan Waqaf Malaysia, Dato’ Dr. Hj. Sohaimi Hj. Mohd Salleh. Cabutan bertuah serta penyampaian sumbangan kepada warga yang baru berkahwin dan dikurniakan cahaya mata turut diadakan.
| This entry was posted by admin on January 6, 2011 at 9:19 am, and is filed under Berita Am. Follow any responses to this post through RSS 2.0. Both comments and pings are currently closed. |
Comments are closed.

