Pada 17 Mei 2010, tepat jam 12.30 tengahari, satu memorandum persefahaman antara Yayasan Waqaf Malaysia dan AmanahRaya telah termetrai. Tujuan memorandum ini adalah untuk menjadikan Yayasan Waqaf Malaysia sebagai salah satu penama kepada pewasiat yang mewasiatkan harta mereka setelah kematian.


Majlis yang turut disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Y.B Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir b. Hj. Baharom (B) dan timbalannya, Y.B Senator Dato’ Dr. Mashitah bt. Ibrahim ini dihadiri kira-kira 150 undangan termasuk kalangan media elektronik dan cetak. Satu tayangan montaj turut dipertontonkan kepada tetamu. Sidang media turut diadakan pada akhir majlis.