|
|
![]() |
Majlis Perasmian Pejabat YWM & Hari Bersama Ketua Pengarah JAWHAR
14 Ogos 2009 bersamaan 23 Syaaban 1430H telah menjadi hari paling bersejarah bagi Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) di atas penyempurnaan perasmian pejabatnya oleh Y.Bhg. Dato’ Dr. Hj. Sohaimi bin Hj. Mohd. Salleh, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) merangkap Naib Pengerusi YWM. Majlis ini disambut dengan penuh meriah serentak dengan Hari Bersama Ketua Pengarah JAWHAR bagi bulan Ogos 2009 dan telah dihadiri seramai 150 orang tetamu yang terdiri daripada warga JAWHAR dan wakil daripada pejabat-pejabat berhampiran.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa daripada Ustaz Mohd Fazdli bin Rosli dan diikuti dengan acara memperkenalkan seluruh warga kerja YWM kepada tetamu yang hadir. Majlis seterusnya mendengar ucapan aluan daripada Encik Azri Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif YWM dan dalam ucapan beliau ada menyatakan hasrat agar YWM terus berkembang dan berdaya saing dalam membangunkan hartanah wakaf di Malaysia. Beliau juga berharap selepas majlis ini, YWM akan lebih dikenali oleh masyarakat di negara ini. Selaras dengan itu juga satu taklimat Perlaksanaan Wakaf Tunai Malaysia oleh Encik Syarqawi bin Muhammad, Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Wakaf Tunai telah disampaikan. Tetamu telah diberi input serba sedikit berkenaan perlaksanaan wakaf tunai di Malaysia dan beberapa contoh kejayaan hasil daripada pengumpulan dana wakaf.
Acara kemuncak bagi majlis ini adalah upacara memotong reben dan menandatangani plak perasmian oleh Y. Bhg. Dato’ Dr. Hj. Sohaimi bin Hj. Mohd. Salleh, Naib Pengerusi YWM. Y.Bhg. Dato’ juga telah meluangkan masa untuk mengadakan lawatan sekitar pejabat YWM. Majlis ini terus meriah dengan sambutan hari ulang tahun warga YWM dan JAWHAR.

| This entry was posted by admin on August 26, 2009 at 10:29 am, and is filed under Berita Am. Follow any responses to this post through RSS 2.0. Both comments and pings are currently closed. |
Comments are closed.

