|
|
![]() |
Seminar Pembangunan Hartanah Wakaf Pegawai Wakaf MAIN Siri 2
Pada 12 November 2010 yang lalu, YWM sekali lagi telah berjaya menganjurkan seminar Pembangunan Hartanah Wakaf Pegawai Wakaf MAIN siri 2 yang telah di adakan di Hotel Bella Vista, Langkawi, Kedah. Dengan melibatkan jumlah peserta seramai 24 orang yang terdiri daripada wakil-wakil MAIN, acara dimulakan dengan ucapan aluan daripada Ketua Pegawai Eksekutif YWM, En. Azri Ahmad dan seterusnya ucapan perasmian yang disampaikan oleh En. Mohd Norhafidzi bin Arif selaku wakil kepada Y.Bhg. Dato’ Ketua Pengarah JAWHAR.
Hari kedua seminar dimulakan dengan pembentangan kertas kerja pertama yang bertajuk Pengalaman JAWHAR dan YWM Dalam Membangunkan Hartanah Wakaf Bersama MAIN. Kertas kerja ini dibentangkan oleh En. Mohd Bakri bin Ibrahim daripada JAWHAR. Seterusnya, pembentangan kertas kerja kedua daripada En. Azri Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif YWM bertajuk Dana Wakaf Tunai : Satu Pengukuhan
Seterusnya, bengkel pertama diadakan untuk membincangkan cadangan-cadangan projek pembangunan hartanah wakaf yang bersesuaian untuk dibangunkan pada tahun 2011. Seminar diteruskan dengan bengkel kedua iaitu sesi analisa SWOT bagi projek-projek yang telah dicadangkan. Di akhir sesi tersebut, satu draf cadangan resolusi telah dibincangkan di kalangan peserta sekaligus mendapatkan persetujuan mereka untuk dibentangkan kepada wakil Y.Bhg. Dato’ Ketua Pengarah JAWHAR.
Manakala kertas kerja ketiga bertajuk Rekayasaan Wakaf Tunai (Re-enginering Cash Waqf) telah dibentangkan oleh Y.Bhg. Dato’ Prof. Dr. Sudin Haron, selaku ahli Lembaga Pemegang Amanah YWM pada sesi seterusnya yang berlangsung pada sebelah malam.
Pembentangan hasil resolusi seminar kepada wakil Y.Bhg. Dato’ Ketua Pengarah JAWHAR telah dibentangkan oleh wakil peserta pada hari terakhir seminar. Seterusnya para peserta menonjolkan bakat mereka menerusi persembahan lagu-lagu nasyid. Ucapan penutup seminar telah disampaikan oleh En. Mohd Bakri bin Ibrahim, Pengarah Bahagian Wakaf JAWHAR selaku wakil Y.Bhg. Dato’ Ketua Pengarah JAWHAR.
Seminar diakhiri dengan bacaan doa ijtimai’ dan bacaan selawat. Terima kasih diucapkan kepada semua peserta dan urusetia yang terlibat dalam menjayakan seminar ini.
| This entry was posted by admin on November 18, 2010 at 10:57 am, and is filed under Berita Am. Follow any responses to this post through RSS 2.0. Both comments and pings are currently closed. |
Comments are closed.

