Yayasan Waqaf Malaysia

SENARAI PROJEK BAZAR WAKAF RAKYAT DAN WAKAF MART YANG TELAH SIAP SEHINGGA 7 FEBRUARI 2011

UNTUK GAMBAR PROJEK SIAP, KLIK SINI

PERLIS

5 unit Bazar Wakaf Rakyat MAIN di Masjid Al-Barakah, Jelempok Arau

2 unit Bazar Wakaf Rakyat MAIN di Masjid Tun Abd Razak Repoh

5 unit Bazar Wakaf Rakyat MAIN di Masjid Sungai Adam, Jejawi

5 unit Bazar Rakyat Wakaf MAIN di Masjid Al-Ariffin, Jalan Padang Katong

5 unit Bazar Rakyat MAIN di Masjid Putra, Simpang Empat, Perlis

5 unit Bazar Rakyat Wakaf MAIN di Masjid Amir Fawwaz Sungai Baru Perlis

NEGERI SEMBILAN

6 unit Bazar Wakaf Rakyat MAIN di Masjid Kariah Rasah Jaya, Seremban

1 unit Wakaf Mart di Masjid Kariah Panchor Jaya, Ampangan

1 unit Wakaf Mart di Masjid Jamek Pekan Gemas

1 unit Wakaf Mart di Masjid Jamek Tunku Besar, Tampin

5 unit Bazar Wakaf Rakyat MAIN di Masjid Felda Jelai 4, Gemas

JOHOR

5 unit Bazar Wakaf Rakyat MAIN di Masjid Jamek Paya Redan, Kg. Paya Redan, Pagoh, Muar

5 unit Bazar Wakaf Rakyat MAIN di Masjid Hajjah Mominbi, Taman Ungku Tun Aminah, Johor Baharu

5 unit Bazar Wakaf Rakyat MAIN di Masjid Pekan Baru, Parit Yusof, Mukim Sg. Balang, Muar

3 unit Bazar Wakaf Rakyat MAIN di Masjid Jamek Sawah Dato, Mersing

4 unit Bazar Wakaf Rakyat MAIN di Masjid Seri Wangi, Mukim Linau, Parit Yaani, Batu Pahat

5 unit Bazar Wakaf Rakyat MAIN di Masjid Ar-Rahman, Taman Puteri Kulai, Mukim Kulai, Kulaijaya

5 unit Bazar Wakaf Rakyat MAIN di  Masjid Jannatul Firdaus, Kg. Jawa, Segamat

MELAKA

4 unit Bazar Wakaf Rakyat MAIN di Tapak Surau Pulau Besar, Pernu, Melaka Tengah, Melaka

2 unit Bazar Wakaf Rakyat (kios) di Lot 1491, Tapak Masjid Tg. Minyak, daerah Melaka Tengah, Melaka

SELANGOR

5 unit Bazar Wakaf Rakyat MAIN di Masjid Jamek Daerah Hulu Langat, Pekan Kajang

5 unit Bazar Wakaf Rakyat MAIN di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi

5 unit Bazar Wakaf Rakyat MAIN di Masjid Al-Raudhah Pekan Tanjung Karang

5 unit Bazar Wakaf Rakyat MAIN di Masjid Al-Azim, Pandan Indah, Ampang

4 unit Bazar Wakaf Rakyat MAIN di Masjid As-Solihin, Kampung Kanchong Darat, Banting

PAHANG

6 unit Bazar Wakaf Rakyat MAIN di Masjid Lama Bandar Bentong, Pahang

5 unit Bazar Wakaf Rakyat MAIN di Masjid Tengku Mahkota Abdullah Daerah Rompin, Pahang

5 unit Bazar Wakaf Rakyat MAIN di Masjid Baru Daerah Pekan

5 unit Bazar Wakaf Rakyat MAIN di Masjid Felda Tembangau, Mempaga

5 unit Bazar Wakaf Rakyat MAIN di Masjid Chini Timur 2, Kuantan

5 unit Bazar Wakaf Rakyat MAIN di Masjid Felda Jengka 19

KELANTAN

5 unit Bazar Wakaf Rakyat MAIN di Masjid Felda Kemahang 2, Tanah Merah

5 unit Bazar Wakaf Rakyat MAIN di Masjid Felda Ciku 1, Gua Musang

5 unit Bazar Wakaf Rakyat MAIN di Masjid Felda Ciku 7, Gua Musang

SABAH

2 unit Bazar Wakaf Rakyat MAIN di Masjid Kampung Manggis, Daerah Menumbok, Sabah

5 unit Bazar Wakaf Rakyat MAIN di Masjid Nurul Iman, Pekan Membakut, Beaufort, Sabah

5 unit Bazar Wakaf Rakyat MAIN di Masjid Felda Cenderawasih, Lahad Datu

PULAU PINANG

5 unit Bazar Wakaf Rakyat MAIN di Masjid Jamek Bayan Baru, Bayan Lepas, Pulau Pinang

5 unit Bazar Wakaf Rakyat MAIN di Masjid Shaikh Eusoff , Jalan Air Itam, Pulau Pinang

5 unit Bazar Wakaf Rakyat MAIN di Masjid At-Taqwa, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang

5 unit Bazar Wakaf Rakyat MAIN di Masjid Daerah Jawi, Nibong Tebal, Pulau Pinang

PERAK

4 unit Bazar Wakaf Rakyat MAIN di Masjid Jamek Taman Kledang Jaya, Ipoh, Perak

8 unit Bazar Wakaf Rakyat MAIN di Masjid Daerah Taiping, Bandar Taiping, Perak

5 unit Bazar Wakaf Rakyat MAIN di Masjid Aziziah, Batu 10, Simpang 4, Hutan Melintang Perak

5 unit Bazar Wakaf Rakyat di Masjid Daerah Slim River

Iklan Jawatan Kosong Gred 17 di YWM

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Yayasan Waqaf Malaysia

Jawatan        : Kerani Gred 17

Kekosongan  : 3

Syarat-syarat Kelayakan:

  • Mempunyai kemahiran dalam penggunakan perisian asas Microsoft Office
  • Mampu bekerja lebih masa
  • Rajin dan mempunyai komitmen yang tinggi

Syarat-Syarat Umum

  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Kelayakan minima Sijil Pelajaran Malaysia
  • Mempunyai lesen yang sah dan kenderaan sendiri
  • Sihat tubuh badan dan bebas dari sebarang penyakit kronik

Sila hantar resume beserta surat permohonan ke alamat emel admin@ywm.org.my atau melalui poskan ke alamat pejabat YWM atau hantar secara terus ke alamat :

Yayasan Waqaf Malaysia

No 13, Jalan Diplomatik 2/2

Presint Diplomatik Putrajaya

Presint 15

62050, Putrajaya.

Tarikh tutup pemohonan : 14 Januari 2011

Iklan Jawatan Kosong Gred 41 di YWM

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Yayasan Waqaf Malaysia

Jawatan        : Eksekutif Gred 41 (Kontrak)

Kekosongan  : 2

Penempatan  : Bahagian Penyelidikan dan Produk Wakaf

Syarat-syarat Kelayakan:

  • Mampu berkomunikasi di khalayak ramai
  • Fasih dalam Bahasa Inggeris
  • Mampu berkomunikasi dalam Bahasa Arab adalah satu kelebihan
  • Mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pemasaran
  • Boleh bekerja di luar kawasan

Syarat-Syarat Umum

  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam mana-mana bidang yang berkaitan
  • Mempunyai lesen yang sah dan kenderaan sendiri diutamakan
  • Sihat tubuh badan dan bebas dari sebarang penyakit kronik

Sila hantar resume beserta surat permohonan ke alamat emel admin@ywm.org.my atau melalui poskan ke alamat pejabat YWM atau hantar secara terus ke alamat :

Yayasan Waqaf Malaysia

No 13, Jalan Diplomatik 2/2

Presint Diplomatik Putrajaya

Presint 15

62050, Putrajaya.

Tarikh tutup pemohonan : 14 Januari 2011

Gambar 1

Majlis Makan Malam Mesra Warga YWM

Pada 30 Disember 2010 yang lalu, satu majlis Makan Malam Mesra Warga YWM telah di adakan Restoran @ MAEPS, Taman Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang. (MARDI). Majlis yang turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pengarah JAWHAR merangkap Naib Pengerusi Yayasan Waqaf Malaysia ini bermula pada tepat jam 8.15 malam.

Majlis di mulakan dengan bacaan doa pembuka majlis oleh Ustaz Mohd Asyran Safwan kemudiannya diikuti ucapan aluan daripada Y.Brsh. Encik Azri Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif YWM.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian Makan Malam Mesra Warga YWM oleh Naib Pengerusi Yayasan Waqaf Malaysia, Dato’ Dr. Hj. Sohaimi Hj. Mohd Salleh. Cabutan bertuah serta penyampaian sumbangan kepada warga yang baru berkahwin dan dikurniakan cahaya mata turut diadakan.

Pic 1

Seminar Pembangunan Hartanah Wakaf Pegawai Wakaf MAIN Siri 2

Pada 12 November 2010 yang lalu, YWM sekali lagi telah berjaya menganjurkan seminar Pembangunan Hartanah Wakaf Pegawai Wakaf MAIN siri 2 yang telah di adakan di Hotel Bella Vista, Langkawi, Kedah. Dengan melibatkan jumlah peserta seramai 24 orang yang terdiri daripada wakil-wakil MAIN, acara dimulakan dengan ucapan aluan daripada Ketua Pegawai Eksekutif YWM, En. Azri Ahmad dan seterusnya ucapan perasmian yang disampaikan oleh En. Mohd Norhafidzi bin Arif selaku wakil kepada Y.Bhg. Dato’ Ketua Pengarah JAWHAR.

Hari kedua seminar dimulakan dengan pembentangan kertas kerja pertama yang bertajuk Pengalaman JAWHAR dan YWM Dalam Membangunkan Hartanah Wakaf Bersama MAIN. Kertas kerja ini dibentangkan oleh En. Mohd Bakri bin Ibrahim daripada JAWHAR. Seterusnya, pembentangan kertas kerja kedua daripada En. Azri Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif YWM bertajuk Dana Wakaf Tunai : Satu Pengukuhan

Seterusnya, bengkel pertama diadakan untuk membincangkan cadangan-cadangan projek pembangunan hartanah wakaf yang bersesuaian untuk dibangunkan pada tahun 2011. Seminar diteruskan dengan bengkel kedua iaitu sesi analisa SWOT bagi projek-projek yang telah dicadangkan. Di akhir sesi tersebut, satu draf cadangan resolusi telah dibincangkan di kalangan peserta sekaligus mendapatkan persetujuan mereka untuk dibentangkan kepada wakil Y.Bhg. Dato’ Ketua Pengarah JAWHAR.

Manakala kertas kerja ketiga bertajuk Rekayasaan Wakaf Tunai (Re-enginering Cash Waqf) telah dibentangkan oleh Y.Bhg. Dato’ Prof. Dr. Sudin Haron, selaku ahli Lembaga Pemegang Amanah YWM pada sesi seterusnya yang berlangsung pada sebelah malam.

Pembentangan hasil resolusi seminar kepada wakil Y.Bhg. Dato’ Ketua Pengarah JAWHAR telah dibentangkan oleh wakil peserta pada hari terakhir seminar. Seterusnya para peserta menonjolkan bakat mereka menerusi persembahan lagu-lagu nasyid. Ucapan penutup seminar telah disampaikan oleh En. Mohd Bakri bin Ibrahim, Pengarah Bahagian Wakaf JAWHAR selaku wakil Y.Bhg. Dato’ Ketua Pengarah JAWHAR.

Seminar diakhiri dengan bacaan doa ijtimai’ dan bacaan selawat. Terima kasih diucapkan kepada semua peserta dan urusetia yang terlibat dalam menjayakan seminar ini.