Perutusan Ketua Pegawai Eksekutif
Alhamdulillah, saya memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas kesempatan yang diberikan untuk saya mengutarakan sepatah dua kata mengenai penubuhan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM).
Penubuhan YWM merupakan satu usaha untuk meningkatkan sosio ekonomi ummah melalui institusi wakaf. Selaras dengan sejarah empayar Islam di mana institusi wakaf telah berjaya memperkasakan ekonomi dan taraf kehidupan ummah, YWM komited dalam menjalankan matlamat-matlamatnya bagi mencapai objektif untuk menyalurkan manfaat kepada masyarakat umum, khususnya kepada umat Islam serta membolehkan masyarakat mendekatkan diri dengan Allah melalui ibadah wakaf.
Wakaf berupaya memainkan peranan penting dalam membantu kerajaan menuju ke arah sebuah negara Islam yang maju. Ini jelas terbukti di Turki semasa zaman pemerintahan Uthmaniyyah di mana, peranan wakaf dalam komuniti Islam ketika itu menjadi pelengkap (complimentary) kepada agenda pembangunan oleh Kerajaannya. Dana wakaf yang dikumpul telah membiayai pembangunan insfrastruktur seperti tempat-tempat ibadah, pendidikan, kesihatan dan kemudahan awam.
YWM berharap masyarakat Islam akan menyertai aktiviti-aktiviti wakaf supaya harta-harta wakaf dimajukan dan disalurkan manfaatnya kepada masyarakat untuk memberi impak yang besar dalam pembangunan ekonomi dan peningkatan taraf kehidupan. Akhir kata, semoga usaha murni yang direncanakan ini mendapat barakah dariNya InsyaAllah, untuk kesejahteraan bersama.
Sekian, wassalam.
Azri Ahmad
Ketua Pegawai Eksekutif YWM
Iklan & Makluman
Pautan
- AGENSI
-
- Jabatan Wakaf Zakat dan Haji
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
- Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
- Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
- Lembaga Tabung Haji
- Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
- Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia
- Institut Kefahaman Islam Malaysia
- International Zakat Organisation
- PERBANKAN ISLAM
- RAKAN KERJASAMA
Newsletter
Terkini di YWM
Waktu Solat
Info Umum
Follow Us on Facebook!
Bilangan Pelawat
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Peta Lokasi | Soalan Lazim | Hubungi Kami | Muka Utama
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Yayasan Waqaf Malaysia tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini.
Hak Cipta Terpelihara© 2010Yayasan Waqaf Malaysia (PPAB-02/2008)
Paparan terbaik dengan resolusi 1024 x 768 menggunakan Google Chrome dan Internet Explorer

