Wakaf Tunai Malaysia
PENGERTIAN WAKAF TUNAI
Wakaf tunai ialah berwakaf menggunakan wang tunai yang dikumpul di dalam satu tabung amanah di bawah pengurusan nazir yang diamanahkan untuk mengurus wakaf ini (iaitu YWM) bagi tujuan membiayai aktiviti-aktiviti dan kebajikan amal jariah.
WAKAF TUNAI MALAYSIA
Skim wakaf tunai yang dilaksanakan oleh Yayasan Waqaf Malaysia. Dana wakaf yang dikumpul kemudiannya ditukar kepada harta kekal yang akan dimanfaatkan untuk kebajikan dan kepentingan masyarakat.
PERANAN WAKAF TUNAI DALAM KOMUNITI ISLAM
- Dr. Murat Cizakca, seorang cendekiawan Islam moden yang terkenal, di dalam bukunya yang bertajuk “A History of Philantrophic Foundations: the Islamic World From The Seventh Century to the Present”, menyatakan bahawa wakaf tunai telah dipraktikkan sejak awal abad kedua Hijriyah di mana Imam az-Zuhri (wafat 124H), iaitu salah seorang ulama terkemuka dan peletak dasar tadwin al-hadith, memfatwakan bahawa wakaf dinar dan dirham dibolehkan untuk pembangunan prasarana dakwah, sosial dan pendidikan umat Islam.
- Menurut Dr. Cizakca lagi, mulai penghujung abad ke-15 hingga abad ke-18, wakaf tunai berkembang dengan pesat di Turki semasa zaman pemerintahan Uthmaniyyah di mana amalan wakaf tunai telah berjaya meringankan perbelanjaan kerajaan dalam menyediakan kemudahan perkhidmatan pendidikan, kesihatan, perbandaran dan sebagainya kepada masyarakat. Penerimaan dan penglibatan masyarakat di dalam wakaf tunai membantu empayar Uthmaniyyah berkembang kerana dana wakaf tunai telah digunakan sebagai pelengkap (complimentary) kepada usaha-usaha pembangunan oleh kerajaan.
- Kajian Dr. Cizakca mendapati bahawa wujud sejumlah 1,161 wakaf tunai di Istanbul dalam tempoh 1456 hingga 1551, sementara di Bursa, bandar yang lebih kecil daripada Istanbul, wujud 761 wakaf tunai dalam abad ke-18.
Iklan & Makluman
Pautan
- AGENSI
-
- Jabatan Wakaf Zakat dan Haji
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
- Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
- Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
- Lembaga Tabung Haji
- Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
- Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia
- Institut Kefahaman Islam Malaysia
- International Zakat Organisation
- PERBANKAN ISLAM
- RAKAN KERJASAMA
Newsletter
Terkini di YWM
Waktu Solat
Info Umum
Follow Us on Facebook!
Bilangan Pelawat
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Peta Lokasi | Soalan Lazim | Hubungi Kami | Muka Utama
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Yayasan Waqaf Malaysia tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini.
Hak Cipta Terpelihara© 2010Yayasan Waqaf Malaysia (PPAB-02/2008)
Paparan terbaik dengan resolusi 1024 x 768 menggunakan Google Chrome dan Internet Explorer

